Top Ad unit 728 × 90

recent

Malaysia Menentang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

KUALA LUMPUR, Ahad — Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia menentang sebarang percubaan tidak berperlembagaan untuk menggugat kehendak rakyat sebagaimana dilahirkan menerusi peti undi.


Malaysia Menentang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

Sambil mengutuk percubaan rampasan kuasa tentera di Turki pada Jumaat, Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian dalam apa jua bentuk sekalipun tidak harus dibenarkan sama sekali kerana proses demokrasi adalah asas kebebasan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara.

“Turki dan Malaysia adalah rakan akrab dalam perjuangan menentang terrorisme dan extremisme.

“Kami adalah rakan dagang dan negara rakan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

BACA: Rampasan Kuasa Di Turki Gagal, Erdogan Kembali Berkuasa

“Kami tegak bersama menentang percubaan tidak berperlembagaan untuk menggugat kehendak rakyat, sebagaimana dilahirkan menerusi peti undi.

“Rampasan kuasa dalam apa jua bentuk tidak wajar dibenarkan sama sekali,” katanya dalam laman rasmi Facebooknya , semalam.


Najib berharap kestabilan dan ketenteraman wujud kembali di Turki secepat mungkin, dan menyambut baik berita bahawa Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengisytiharkan bahawa percubaan rampasan kuasa itu telah berakhir.

“Adalah amat membimbangkan banyak nyawa terkorban dan ramai cedera. Ingatan dan doa kami bersama rakyat Turki,” kata Najib.

Media antarabangsa melaporkan jumlah kematian dalam percubaan rampasan kuasa itu meningkat kepada 90, 1,154 cedera, dan sejumlah 1,563 pegawai tentera telah ditahan dari seluruh Turki.

Menurut Wisma Putra, sejumlah 260 rakyat Malaysia, termasuk 180 pelajar di sana dilaporkan selamat.  — Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Malaysia Menentang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki Reviewed by Adam Hakimie on July 17, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.