Terkini

Mengaku Terima Arahan Hasilkan Bahan Letupan Untuk Serang Malaysia

Kuala Lumpur: Empat belas 14 individu ditahan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman antara 14 hingga 20 Julai lalu, selepas disyaki terbabit dengan Daish.


Mengaku Terima Arahan Muhammad Wanndy Serang Malaysia

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan selepas melancarkan operasi di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Menurutnya, semua yang diberkas berusia antara 20 hingga 49 tahun.

"Dua belas suspek yang ditahan adalah anggota sama yang ditahan dalam operasi hujung bulan lalu.

"Mereka dipercayai menerima arahan daripada Muhamamad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di negara ini," katanya.


Khalid berkata, seorang daripada suspek mengaku berkongsi kaedah membuat bahan letupan melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota pengganas.

Mengaku Terima Arahan Hasilkan Bahan Letupan Untuk Serang Malaysia

"Suspek juga mengaku menerima arahan daripada Muhammad Wanndy untuk menghasilkan bahan letupan bagi melancarkan serangan di Lembah Klang.

"Bagi tujuan itu, Muhammad Wandy akan membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri sekiranya ditangkap polis," katanya. - myMetro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments