MH370 Menjunam Ke Dalam Laut Pada Kelajuan Hampir 400km Sejam?

PERTH, Australia: Penyiasat kemalangan dari Australia telah mendedahkan kepada AirlineRatings.com (http://www.airlineratings.com/news.php) bahawa data menunjukkan MH370 mungkin telah menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal.


MH370 Menjunam Ke Dalam Laut Pada Kelajuan Hampir 400km Sejam?

Dalam temu bual beliau yang pertama selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com di Perth, Australia Barat, bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki (1200 meter) seminit sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit.

Peningkatan besar itu menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu, kata beliau.

Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai satu program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di komputer di rumahnya yang mendakwa beliau telah meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan bahawa ATSB sedang membuat pencarian di tempat yang salah.

Hood juga memberitahu AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu bukan sesuatu yang baharu.


"Kami telah mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu."

Akan tetapi Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu hanya "berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu kita di mana pesawat itu berada."

MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri pada 8 Mac 2014, selepas perhubungan dari pesawat itu terputus semasa apa yang sepatutnya merupakan satu penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walau bagaimanapun Hood masih yakin untuk menemui MH370 pada bulan-bulan akan datang.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com Encik Geoffrey Thomas berkata, pendedahan baharu oleh ATSB ini "menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370 itu."

"Adalah amat penting bahawa ATSB, bagi pihak pasukan pencarian pelbagai negara itu, melenyapkan spekulasi yang merosakkan tentang apa yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada MH370," kata Thomas.

Wawancara lengkap AirlineRatings.com bersama Hood boleh diperolehi di sini: http://www.airlineratings.com/news.php?

Maklumat mengenai AirlineRatings.com; AirlineRatings.com ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia.

Laman web itu mentakrifkan tahap keselamatan bagi 450 daripada syarikat penerbangan yang terbesar di dunia.SUMBER: AirlineRatings.com - BERNAMA

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments