Motif Pembunuhan Rogol, Bakar Budak 4 Tahun Akhirnya Terbongkar

Setelah beberapa hari melakukan penyiasatan akhirnya tertuduh kes pembunuhan dan bakar kanak-kanak 4 tahun Neysa Nur Azlya yang berlaku di desa benua baru kalimantan timur telah berjaya di berkas.


Motif Pembunuhan Rogol, Bakar Budak 4 Tahun Akhirnya Terbongkar

Siasatan lanjut mendapati punca Ijur 45 membunuh kanak-kanak berkenaan adalah kerana bermotifkan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Tertuduh melakukan pembunuhan tersebut adalah kerana mahu membalas dendam terhadap kakak mangsa yang masih duduk di bangku sekolah menengah hanya kerana cintanya di tolak oleh kakak mangsa.

Tertuduh berasa semakin tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima kenyataan setelah melihat kakak mangsa berjalan bersama lelaki lain. Dia kemudian telah merancang penculikan terhadap mangsa dengan meminjam motor ayah mangsa sendiri pada hari raya ke dua yang lalu.


Mangsa kemudian telah di bawa oleh tertuduh ke lokasi di mana mayat mangsa ditemui pada 10.07.2016. Menurut pengakuan tertuduh, dia sempat merogol mangsa sebelum membunuh dan membakarnya dengan menggunakan pelepah pokok kelapa

Tiga Hari Hilang, Budak 5 Tahun Rupanya Dibunuh Dan Dibakar.
Selesai melakukan pembunuhan tersebut tertuduh kemudian mengembalikan semula motor milik ayah mangsa dan meminjam sedikit duit daripada ayah mangsa dengan alasan untuk pergi menziarahi keluarganya di Banjar Masin.

Menurut ketua polis kalimantan timur Tomy, tertuduh akan di dakwa atas kesalahan melakukan kekerasan seksual dan pembunuhan serta undang-undang perlindungan kanak-kanak. - Kompas.com

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments