Nora Danish, Nedim Rancang Majlis Perkahwinan Di Bali

Selepas lebih tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, aktres Nora Danish, 34, mengesahkan dia dan kekasih, Nedim Nazri, 33, akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga.


Nora Danish, Nedim Rancang Adakan Perkahwinan Di Bali

Nora bagaimanapun memberitahu, mereka belum menetapkan tarikh muktamad bagi meraikan hari bahagia itu.

“Seperti yang kami rancang, memang tahun ini (perkahwinan berlangsung). Saya akui memang sibuk dengan kerjaya, namun masih ada masa untuk merancang majlis kami.

Baca: Nora Danish Nafi Sudah Berkahwin Secara Senyap- Senyap


“Kami juga tidak bercadang untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya cukuplah untuk melaksanakan perkara wajib saja,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Nora Danish, Nedim

Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif itu turut berkata, Bali, Indonesia bakal menjadi antara lokasi majlis perkahwinannya kerana tertarik dengan keindahan alam semula jadi pulau peranginan itu.

“Kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan semuanya. Kami memang merancang (untuk berkahwin) pada tahun ini dan sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments