Terkini

Operasi Pencarian Pesawat MH370 Akan Ditangguhkan

PUTRAJAYA: Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi pencarian pesawat MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.


Operasi Pencarian Pesawat MH370 Akan Ditangguhkan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dua hari membabit tiga negara berkenaan yang bermula semalam.

"Operasi pencarian kini selesai di kawasan seluas 110,000 kilometer (km) persegi dan akan diteruskan sehingga baki 10,000km persegi selesai.


"Kami jangka ini akan mengambil masa sehingga Oktober atau Disember ini berikutan cuaca buruk serta kerosakan peralatan dan selepas itu, operasi pencarian akan ditangguhkan.

Baca: “Kami Sudah Mencari Di Tempat Yang Salah” - Pasukan Carian MH370

"Ini tidak bermakna semua sudah selesai, sebaliknya ketiga-tiga negara memberi komitmen akan teruskan pencarian sekiranya ada penemuan bukti yang kukuh mengenai kedudukan MH 370," katanya.

Baca: Pencarian MH370 Ditamatkan Di Luar Pantai Australia Barat Julai Ini

Beliau bercakap pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester di sini, hari ini. - Berita Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments