Pekerja Kontrak Gantung Diri Depan Rumah Majikan

Kajang – Pekerja kontrak ditemui mati tergantung di pokok selepas dipercayai bunuh diri di hadapan rumah majikannya di Taman Bandar Damai Perdana, di sini, 9 pagi tadi.


Pekerja Kontrak Gantung Diri Depan Rumah Majikan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian disedari oleh majikan lelaki berkenaan selepas keluar untuk bekerja.

Katanya, majikan terbabit cuba mencari mangsa selepas melihat motosikal pekerjanya itu berada di hadapan rumahnya.


“Mangsa pergi ke rumah majikannya dengan menunggang motosikal untuk ke tempat kerja bersama. Tetapi majikannya mendapati lelaki berkenaan tiada.

“Selepas beberapa minit mencari dia menemui pekerjanya itu dalam keadaan tergantung di atas pokok berhampiran rumahnya sebelum memaklumkan kejadian kepada polis,” katanya.

Menurut Othman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Harian Metro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments