Terkini


Pemain Pokémon GO Dinasihat Awasi Kawasan Periuk Api

PEMAIN aplikasi popular Pokémon GO di Bosnia Herzegovina dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak melintasi kawasan yang memilik periuk api di kawasan-kawasan peninggalan konflik peperangan era 1990-an.


Pemain Pokémon GO Dinasihat Awasi Kawasan Periuk Api

Memetik laporan BBC, badan NGO, Posavina Bez Nina mengeluarkan amaran tersebut selepas dimaklumkan terdapat pemain yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Kami menerima maklumat terdapat pemain Pokémon GO di Bosnia memasuki kawasan mengandungi periuk api untuk mencari Pokémon,” kata Posavina Bez Mina di Facebook.


Dianggarkan lebih 120,000 periuk api masih belum dimusnahkan dan tersembunyi di Bosnia-Herzegovina.

Pokémon GO

Hampir 600 kematian disebabkan periuk api direkodkan selepas perang di Bosnia tamat pada 1995.

Awal minggu ini sahaja, dua remaja di Amerika Syarikat ditembak kerana menceroboh kediaman dan disalah anggap sebagai pencuri. - Sumber: BBC


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments