Header Ads

  • Terkini

    Penumpang Garuda Airlines Ditahan Bawa 10 Ekor Ular Dalam Seluar

    JAKARTA, Isnin – Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki rakyat asing yang menyeludup 10 ekor ular di dalam seluarnya sebelum dia sempat menaiki pesawat itu ke Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini, semalam.


    Penumpang Garuda Airlines Ditahan Bawa10 Ekor Ular Dalam Seluar

    Media-media tempatan hari ini memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar sebagai berkata, penumpang itu, yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki, ditahan susulan menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X sebelum menaiki pesawat.

    Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki itu.

    “Dia menggunakan cara melilitkan ular-ular yang ingin dibawanya ke Jeddah di kedua-dua kakinya… dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton,” katanya.


    Menurutnya, siasatan mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi.

    Kerakyatan Koufiah bagaimanapun tidak didedahkan dan dia telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

    Benny berkata, Koufiah melakukan kesalahan serius kerana membahayakan penerbangan dan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, penumpang dilarang membawa sebarang haiwan dalam kabin pesawat. -Bernama

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad