Terkini

Polis Tembak Mati Suspek Kes Bunuh 4 Sekeluarga Di Batu Maung

GEORGE TOWN: Polis telah menembak mati seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan empat sekeluarga di sebuah kilang ayam di Batu Maung semalam.


Polis Tembak Mati Suspek Kes Bunuh 4 Sekeluarga Di Batu Maung

Menurut Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Rasid, suspek Chung Chun Wah, 32, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan berhampiran sebuah kedai di hadapan kuil Buddha Kek Lok Si di Air Itam, di sini sekitar 7 malam tadi.

Dalam kejadian jam 2.55 pagi itu, seorang wanita berusia 55 tahun ditembak anaknya sendiri dari jarak dekat.


Turut ditembak anak lelakinya berusia 27 tahun, cucu lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam tersebut.


Suspek yang mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan dipercayai menembak kesemua mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam tweetnya turut mengucapkan syabas terhadap kejayaan itu. --Astro Awani

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments