Promosi Kopi Terlampau Guna Trak Pelancar Roket, Akhirnya...

Cyberjaya: Polis merampas sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai promosi menjual minuman kopi di Jalan Semarak Api, di sini, semalam.


Promosi Kopi Terlampau Guna Trak Pelancar Roket, Akhirnya...

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis dari Balai Cyberjaya menjalankan tugas rondaan dan menerima maklumat orang awam mengatakan ada kenderaan trak pelancar roket berkeliaran di kawasan di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pengadu bersama anggota polis kemudian membuat rondaan dan pemerhatian serta menemui kenderaan itu dengan dua pelancar roket di atasnya.


“Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.


“Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments