Terkini

Rejim Tentera Syria Bunuh Wartawan, Jurugambar Amerika Syarikat

WASHINGTON - Tentera rejim Bashar al-Assad dilapor membunuh seorang wartawan Amerika Syarikat (AS), Marie Colvin pada Februari 2012 bagi menyekatnya daripada membuat liputan mengenai kekejaman kerajaan Syria.


Marie Colvin
Marie Colvin
Tindakan kejam terhadap wartawan itu didedahkan selepas satu tuntutan difailkan di mahkamah AS pada Sabtu.

Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah, tentera Syria telah menggodam talian telefon Colvin sebelum melancarkan roket untuk membunuhnya.


Colvin yang merupakan wartawan perang untuk akhbar The Sunday Times British dibunuh bersama jurugambar Perancis, Remi Ochlik.

Marie Colvin

Turut dibunuh dalam serangan itu ialah jurugambar British Paul Conroy dan wartawan Perancis, Edith Bouvier manakala pertahanan media Syria, Wael Al-Omar mengalami kecederaan.

Tuntutan itu dibuat berdasarkan dokumen kerajaan yang diperolehi menerusi kumpulan yang berpaling tadah termasuk abang Assad iaitu Maher.

Sumber: mStar

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments