Ribuan Serbu Pejabat JPN Selepas Terima Maklumat Palsu

PUTRAJAYA - Ribuan pemastautin tetap menyerbu kaunter bahagian kad pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini gara-gara menerima maklumat palsu mengenai program pemberian warganegara kepada pemastautin tetap tamat pada hari ini.


Ribuan Serbu Pejabat JPN Selepas Terima Maklumat Palsu


Ada di antara mereka datang dari seluruh negara dan tiba seawal pukul 3 pagi semata-mata untuk membuat permohonan tersebut namun hampa apabila mendapat perkara yang diviralkan menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak benar.

Tinjauan Kosmo! mendapati, walaupun pihak JPN telah meletakkan notis mengenai perkara tersebut namun masih ramai yang tidak berganjak dan terus menunggu.

Bagi mengelakkan kesesakan, pihak JPN telah mewujudkan kaunter tambahan sementara bagi menerima permohonan mereka secara manual.


Menurut Pegawai Perhubungan Awam JPN, Fara Maya Ahmad Jelani, pihaknya menyedari tentang viral tersebut sejak Isnin lalu menyebabkan kaunter permohonan kaunter bahagian kad pengenalan sesak dengan orang ramai.

"Pihak JPN tidak ada menjalankan sebarang program pemberian warganegara kepada individu yang tidak layak dan di luar Perlembagaan Malaysia.

"Sebenarnya, permohonan untuk menjadi warganegara adalah proses biasa yang boleh dilakukan pada bila-bila masa di pejabat JPN yang terdapat di seluruh negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini tadi.

Selain itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah Putrajaya mengenai penyebaran maklumat palsu itu. - K! ONLINE

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments