Rita Rudaini Memberitahu Lelaki Rapat Dengannya Meninggal Dunia

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan pernah rapat dengan seorang lelaki yang disifatkan sebagai tempat dia meluahkan perasaan sepanjang empat tahun bergelar ibu tunggal. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 40, bagaimanapun berkata, lelaki tersebut sudah meninggal dunia pada April lalu kerana menghidapi penyakit kronik.


Rita Rudaini Memberitahu Lelaki Rapat Dengannya Meninggal Dunia

“Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan.

“Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara,” ujarnya kepada mStar Online.

Rita ditemui pada majlis rumah terbuka restorannya Rumah Kueh yang terletak di Kota Damansara, di sini, pada Ahad.

Rita turut menjelaskan hubungan selama beberapa bulan dengan lelaki terbabit tidak lebih daripada sekadar teman rapat semata-mata.


“Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya.

“Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada hatinya sudah terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya, Rita berkata, tiada lelaki yang berani mendekatinya ketika ini.

Dia tidak menolak jika diberikan jodoh yang sesuai sebagai peneman hidup suatu hari nanti.

Rita Rudaini

“Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima.

“Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, restoran Rumah Kueh yang sudah beroperasi sejak awal Ramadan lalu menawarkan 18 jenis kuih tradisional tempatan.

Rita berkata, dia mendapat idea untuk membuka restoran tersebut berikutan kesukaran mendapatkan makanan tradisional di sekitar kawasan berkenaan.

“Kami ada 18 jenis kuih tradisional yang jarang ditemui lagi terutama di Kuala Lumpur.

“Selain kuih muih, Kedai Kueh ini juga ada menyediakan pelbagai makanan tradisional Melayu.

“Saya tinggal kawasan Kota Damansara dan kalau nak cari makanan Melayu terutama ulam-ulaman memang agak susah, jadi saya dapat idea untuk buka di sini,” ujarnya.

Rita berkata, dia akan menghabiskan masa lapang menguruskan restoran berkenaan jika tidak terikat sebarang penggambaran drama.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments