Terkini

“Ruhainies Dan Saya Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih” – Azrel Ismail

Apabila pelakon Azrel Ismail yang kini popular dengan drama Lelaki Macam Dia bertindak untuk mempertahankan Ruhainies berkaitan kes bersama Dato Red, ramai yang menyangka Azrel dan Ruhainies bercinta.


“Ruhainies Dan Saya Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih” – Azrel Ismail

Walaubagaimanapun, Azrel menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada teman rapat.

Baca: Azrel Ismail Terkejut Dengan Berita Dan Video Ruhainies, Datuk Red

Azrel menerusi sebuah portal berkata beliau yakin Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Dato Red seperti yang dianggap oleh orang ramai.


Malah, Azrel juga memberitahu Ruhainies ada memberitahu beliau bahawa beliau akan keluar berjumpa dengan Dato Red.  Namun, Ruhainies tidak menjelaskan tujuan perjumpaan berkenaan kepada Azrel.


Mereka berkawan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3.

Ruhainies Dan Saya Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih – Azrel Ismail

Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang. Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga.


Untung Ruhainies mempunyai seorang kawan yang mengambil berat tentang dirinya. Ermm, berkawan tidak semestinya bercinta bukan? Lelaki dan perempuan juga boleh menjadi rakan karib yang boleh berkongsi apa sahaja tanpa perasaan cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments