Lori Terbalik Ketika Buat Pusingan U, Pemandu Maut Dihempap Kontena

SEBERANG PERAI - Seorang pemandu lori maut selepas kontena seberat 32 tan yang dibawanya terbalik lalu menghempapnya ketika mahu membuat pusingan U di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini pagi tadi.


Lori Terbalik Ketika Buat Pusingan U, Pemandu Maut Dihempap Kontena

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ibrahim Omar, 60-an, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu hadapan.

Semasa itu, kontena yang dibawanya dipenuhi dengan kayu.

Seorang jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.32 pagi dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.

"Anggota yang bertugas terpaksa mengambil masa selama dua jam untuk mengalihkan bahagian kontena itu menggunakan dua buah kren penyangkut sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.


"Punca kejadian didapati mangsa telah dihempap kontena yang dibawanya ketika mahu membuat pusingan U," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Mayat Ibrahim kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya pagi ini. - K! ONLINE

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments