Sebutan Semula Kes Lydiawati Pukul Wanita Warga Brunei Pada 2 Sept

Kuala Lumpur – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.

Kuala Lumpur – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.


Sebutan Semula Kes Lydiawati Pukul Wanita Warga Brunei Pada 2 Sept

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon, memaklumkan pihaknya sedang menunggu dokumen berkaitan kes itu daripada Lydiawati.

Baca: Lydiawati Didakwa Cederakan Wanita Warga Brunei Guna Besi

“Kami mahu mengambil maklumat daripada telefon bimbit Lydiawati namun telefon bimbitnya rosak, justeru saya memohon satu tarikh sebutan semula bagi mengemukakan dokumen itu,” katanya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem Suami, Isteri dan…, mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Baca: Lydiawati Muat Naik 2 Video Belasah Pengkid Kerana Hilang Sabar

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral. – Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: Sebutan Semula Kes Lydiawati Pukul Wanita Warga Brunei Pada 2 Sept
Sebutan Semula Kes Lydiawati Pukul Wanita Warga Brunei Pada 2 Sept
Kuala Lumpur – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.
https://1.bp.blogspot.com/-Ik0Zm0nYomE/V5HEF59XgWI/AAAAAAAA9DY/j5qWBwbLwWs2IXyE9lmWioypyJJAm1mkQCLcB/s1600/Kes-Lydiawati-.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-Ik0Zm0nYomE/V5HEF59XgWI/AAAAAAAA9DY/j5qWBwbLwWs2IXyE9lmWioypyJJAm1mkQCLcB/s72-c/Kes-Lydiawati-.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2016/07/sebutan-semula-kes-lydiawati-pukul-wanita-warga-brunei.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2016/07/sebutan-semula-kes-lydiawati-pukul-wanita-warga-brunei.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy