Selebriti Media Sosial Mati Dibunuh Abang Kandung Sendiri

KARACHI: Seorang bintang media sosial Pakistan, Qandeel Baloch yang cukup dikenali dengan komen lantang dan berani, mati dibunuh oleh abangnya sendiri.


Qandeel Baloch

Polis memberitahu Al-Jazeera semalam, bapa Baloch, Mohammed Azeem sudah memfailkan kes terhadap anak lelakinya Waseem Azeem.

Beliau turut memberi kenyataan mengenai seorang lagi anak lelakinya yang berkhidmat di dalam tentera dan dilaporkan sering menggalakkan adik beradik lain melakukan pembunuhan itu.


Waseem berada di rumah keluarganya itu di Multan ketika Baloch atau nama sebenarnya, Fauzia Azeem ditemui mati.

Jurucakap Polis Punjab, Nabila Ghazzanfar, berkata laporan awal bedah siasat menunjukkan hidung dan mulut mangsa berusia 26 tahun itu ditutup sebelum meninggal dunia.

Qandeel Baloch

Ia sekali gus menolak laporan awal mengatakan mangsa dicekik, tambah Ghazzanfar.

Kedua-dua suspek menghilangkan diri sejurus berita pembunuhan tersebar. Tetapi lewat semalam, Waseem ditahan 100 kilometer dari Multan di Dera Ghazi.

Waseem mengakui membunuh adiknya demi maruah dan tidak menyesal. - AGENSI / BH Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments