Selepas 3 Minggu, Wanita Insiden Stesen Minyak Meninggal Dunia

Seorang wanita yang disambar api ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Setapak tiga minggu lalu, meninggal dunia Sabtu lalu, China Press melaporkan.


Selepas 3 Minggu, Wanita Insiden Stesen Minyak Meninggal Dunia

Mangsa yang melecur 60% di badannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu dan difahamkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Kejadian itu berlaku pada 28 Jun lalu, apabila mangsa berusia 25 tahun menjawab panggilan telefon ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Taman Setapak Indah, Setapak.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail dilaporkan sebagai berkata, pakaian mangsa hampir terbakar keseluruhannya dengan kesan melecur di badan, dada dan beberapa bahagian lain.

Beliau berkata, mangsa masih sedar dan mampu memberi maklumat peribadinya kepada anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa membuka pintu kiri belakang dan mengambil telefon bimbit yang berdering di tempat duduk hadapan kereta ketika beliau mengisi petrol. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments