Terkini


Setelah Hidup Bergelumang Dosa, Anak Imam Kembali Ke Pangkal Jalan

JOHOR BAHRU: “Hidup saya sebelum ini hanya untuk berseronok, bahkan apa saja dilarang saya mencubanya termasuk minum arak, merokok dan bergaul bebas,” kata Ina, 31, yang juga bekas pelayan bar di hotel terkemuka di bandar raya ini.


Setelah Hidup Bergelumang Dosa, Anak Imam Kembali Ke Pangkal Jalan

Ina mengakui melakukan dosa seperti perkara yang mengujakan, tetapi lama kelamaan dia tersedar apabila kehidupannya seperti tanpa arah, jiwa tidak tenang dan gagal mengawal amarah.

“Perjalanan hidup saya sebelum ini digelumangi dosa dan ia berlaku disebabkan tindakan saya mengamalkan pergaulan bebas, minum arak dan merokok.


“Selama ini, tiada apa yang tidak saya cuba. Arak, rokok, pergaulan bebas dan berseronok seperti tiada pegangan,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat beli-belah di sini, bagi berkongsi kisah penghijrahannya.

Katanya, dia hampir berputus asa apabila berdepan kritikan ketika baru berhijrah.

- Harian Metro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments