Terkini

Siasatan 1MDB: Kerajaan Malaysia Akan Beri Kerjasama Penuh

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia mendahului dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan syarikat itu menjadi tumpuan beberapa siasatan dalam negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC).


SETIAUSAHA Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.
SETIAUSAHA Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, berkata selepas siasatan dan kajian menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada unsur jenayah dilakukan. SETIAUSAHA Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, 1MDB masih dalam siasatan polis. "Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dikatakan melakukan tindakan undang-undang kehakiman sivil terhadap aset 1MDB.

Baca: Jabatan Kehakiman A.S. Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB

"Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan apa-apa penyiasatan yang sah daripada syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Terdahulu, 1MDB dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan pihaknya tidak memiliki aset di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai sebarang manfaat daripada pelbagai transaksi dalam saman sivil yang didakwa difailkan Kerajaan Amerika Syarikat.

1MDB berkata, pihaknya tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain berkaitan siasatan mereka.

Syarikat pelaburan strategik itu turut mengulangi pendirian akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan.- Sumber: BH Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments