“SPRM Mahu Siasat FAM Atau Pemberi Maklumat?” – TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan motif sebalik kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat maklumat rasuah FAM dalam simpanannya.


“SPRM Mahu Siasat FAM Atau Pemberi Maklumat?” – TMJ

Beliau menyarankan suruhanjaya itu supaya memberi tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan dan sekiranya perlu, baginda sendiri akan memanggil SPRM.

Baca: “Rahsia Penyelewengan FAM Di Dalam Pendrive Ini” - TMJ

“Tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.


“Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan,” kata TMJ melalui Facebook JOHOR Southern Tigers.

Pada 18 Julai lalu TMJ mendakwa diberikan pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.

Menurut TMJ, pendrive tersebut mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengamal media dan bekas pemain yang digunakan FAM, duit kelab yang diambil Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang “merepek”.

Bertindak atas pemberitahuan itu, SPRM dalam satu kenyataan 19 Julai mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan “bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya”.

Walaubagaimanapun, Johor Southern Tigers pada hari sama memaklumkan bahawa TMJ tidak mahu mendedahkan semua maklumat kerana ia “mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu”.

“Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya. Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil SPRM,” kata TMJ hari ini.

Baca: Isu Rahsia Rasuah 30 Tahun Dalam Pendrive, FAM Akan Hubungi TMJ

“Tidak perlu hendak diperhebohkan mengenai hal ini. Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja.”

TMJ dan pegawai-pegawai kanan FAM dilaporkan bakal bertemu untuk berbincang secara “peribadi dan sulit” bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, termasuk menggesa individu tertentu berundur daripada tugasan mereka dalam FAM. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments