Terima Kasih Ustazah Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad

Terima kasih USTAZAH HUSLIN (SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA BT ZULKIFLI sebanyak tiga kali pada 19 Julai 2016, jam 8.30 petang.


Terima Kasih Ustazah Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad

Katanya, anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami semuanya kening seperti diandam. Saya rasa ustazah berkenaan perlu menambah power kaca matanya.

Anak saya masih dalam rawatan Doktor Pakar Othorpedik kerana tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal.


Penyakit ini di bawah kawalan Ketua Pakar Othorpedik HRPZII dan anak saya dinasihatkan agar tidak mengangkat barang-barang berat dan tidak dibenarkan sesiapa menyentuh, apatah lagi memukul bahagian kepalanya.

Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak saya ke Hospital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yang ditampar dan muntah-muntah. Dan sekiranya sakitnya tidak berubah, saya terpaksa merujuk HRPZII.



Bulu kening mangsa yang didakwa telah dicukur. Bagaimana mangsa menafikan dakwaan itu.

Justeru, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepatutnya pihak sekolah prihatin dan tidak menghukum muridnya secara keterlaluan.

Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil tindakan secara berhemah. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang serius terhadap guru-guru yang tidak beretika. - Zulkifli Yunus via pixelmedia

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments