Terjatuh Ketika Perhimpunan, Budak 'Gergasi' Enggan Masuk Ke Kelas

Gara-gara terjatuh ketika perhimpunan di sekolah, kanak-kanak obesiti yang mempunyai berat badan mencecah 180 kilogram Arya Permana, 10 tahun, enggan meneruskan sesi persekolahan.


Terjatuh Ketika Perhimpunan, Budak 'Gergasi' Enggan Masuk Ke Kelas

Arya yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Cipurwasari, Kecamatan Pangkalan, Karawang, semalam, jatuh tersungkur kerana tidak mampu menahan berat badannya kerana terpaksa berdiri untuk mengikuti upacara menaikkan bendera di perhimpunan pagi di sekolah berkenaan.

Insiden itu membuatkan Arya marah-marah, lantas menangis dan selepas itu dia memilih untuk segera pulang kerumah, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kawan-kawan, guru dan ibu bapanya, namun usaha itu sedikit pun tidak membuahkan hasil kerana Arya tetap dengan pendiriannya yang mahu pulang ke rumah.


Berikutan insiden itu, pihak sekolah akan menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan dirinya, agar Arya tidak ketinggalan dalam pelajaran,

“Ya kami akan menyediakan guru ke rumahnya, ini adalah salah satu cara agar Arya tidak ketinggalan pelajaran,” kata Guru Besar SDN Cipurwasari, Mustofa.-Merdeka Com. Sumber: Sinar Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments