Terkini

Terkejut Ayah Kahwin Lagi, Zahirah MacWilson Belum Sedia Jumpa Keluarga Tiri

Mengakui terkejut dengan perkahwinan mengejut ayahnya iaitu Zainol MacWilson, Zahirah sendiri menyatakan bahawa dia harus kuat menghadapi dugaan tersebut selain menyatakan ada impak yang terpaksa ditanggung olehnya.


Terkejut Ayah Kahwin Lagi, Zahirah MacWilson Belum Sedia Bertemu Keluarga Tiri

“Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa”

Baca: Gempar, ibu Zahirah MacWilson dedah rumah tangga diganggu Ustazah

“Dalam waktu ini saya lebih banyak bersama ibu, melihat apa yang sedang dilaluinya kini tidak mahu saya biarkan dia keseorangan. Biar dia tahu, yang kami adik beradik masih bersamanya,” jelasnya yang turut redha menerima perkara tersebut kepada Utusan Malaysia.


Tambah Zahirah, dia dapat merasakan bapanya itu sudah mempunyai teman wanita pada mulanya namun Zainol tidak pernah mengaku bila ditanya. Malah apabila dapat mengetahui bapanya sudah berkahwin, dia mengakui memang terkejut.

Baca: “Sah! Zainol MacWilson Nikah Bekas Isteri Saya Ahad Lepas” - Rizal

Zahirah MacWilson

“Ibu saya okey, sebab kami adik beradik sentiasa bersama dia. Malah dia juga selesa dengan kehidupannya kini.

“Saya lihat dia masih muda, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk menerima orang lain, kami tidak akan menghalang dia,” katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments