Terkini

Tersebar Gambar Adi Putra Nikah Lagi, Ini Respon Isteri Beliau, Aida Yusof

Sekeping gambar pernikahan dan juga wajah kedua isteri Adi Putra telah tersebar menerusi portal Astro Gempak malah portal tersebut turut menerima gambar lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita sekaligus mencetuskan kontroversi panas.


Tersebar Gambar Adi Putra Nikah Lagi, Ini Respon Isteri Beliau Di Luar Jangkaan!

Melalui maklumat daripada sumber portal tersebut, individu tersebut mendakwa bahawa isteri kedua Adi merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan dan majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.

Wanita berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga. Sementara itu, Harian Metro sebelum ini juga pernah melaporkan dakwaan bahawa Adi sudah berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini.


Isteri Adi, Aida Yusof bagaimanapun enggan mengulas serta memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Namun Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Aida Yusof & Adi Putra
Aida Yusof & Adi Putra

Tambah protal itu lagi, Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama. Sumber Astro Gempak

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments