Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Tembakan Di Munich

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan yang dilaporkan dilakukan oleh seorang penyerang, di Olympia Einkaufzentrum, sebuah pusat beli-belah di tengah pusat bandaraya Munich, Jerman semalam.


Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Tembakan Di Munich

Dalam kenyataan di sini, Wisma Putra berkata pihak berkuasa Jerman menyatakan sebanyak 10 orang termasuk penyerang terbunuh dan 16 yang lain cedera.

Imej penembak yang tersebar di media sosial di luar restoran McDonalds
Imej penembak yang tersebar di media sosial di luar restoran McDonalds


"Kedutaan Malaysia di Berlin dan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa kepada masyarakat Malaysia di bandar raya itu berhubung insiden berkenaan.


"Beberapa kumpulan rakyat Malaysia yang berada berdekatan dengan pusat beli-belah itu semasa insiden itu berlaku, termasuk satu pasukan atlet Malaysia yang sedang menyertai kejohanan Boling Terbuka Trek Ke-7 di Munich, telah menghubungi pejabat kedutaan dan dilaporkan selamat di lokasi yang selamat," katanya.


Wisma Putra merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada keluarga semua mangsa dalam insiden itu. - Bernama

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments