Tunjuk Kaya Raya, Gadis Kenya Berlagak Mandi Wang Di Tab (5 Gambar)

Tunjuk Kaya Raya, Gadis Kenya Berlagak Mandi Wang Di Tab. Gadis muda Kenya tunjuk kaya di Instagram, mandi wang kertas dalam tab, rumah penuh duit dan tayang koleksi kereta serta jet peribadi.


Tunjuk Kaya Raya, Gadis Kenya Berlagak Mandi Wang Di Tab

MEMPUNYAI kekayaan yang berlimpah ruah memang membanggakan sesiapa pun. Selain itu jumlahnya mungkin tidak habis dipakai oleh tujuh keturunan.

Justeru, jarang sekali orang akan mempamerkan jumlah kekayaannya secara terbuka. Apa lagi ketika era media sosial seperti zaman sekarang ini.

Berbeza dengan gadis dari Kenya ini yang menerusi akaun Instagramnya, dia yang memakai nama ‘Lisa Martinez’ ini sengaja menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada netizen di seluruh dunia.

Tunjuk Kaya Raya, Gadis Kenya Berlagak Mandi Wang Di Tab

Liza malah sengaja mempamerkan kekayaannya dengan mengisi sejumlah wang di dalam sebuah tab mandi dan kemudian mandi dengan wang kertas yang dimilikinya itu.


Selain di bilik mandi, Liza juga menutup seluruh ruang tamu dengan berlembar-lembar wang kertas melimpah ruah memenuhi meja dan kerusi.

Tidak cukup itu, Liza mempamerkan kekayaannya dengan memuat naik gambar yang memperlihatkan jumlah kereta dimilikinya dan jet peribadinya mewah untuk‘traveling’.

Tunjuk Kaya Raya, Gadis Kenya Berlagak Mandi Wang Di Tab

Tindakan angkuh Liza yang memuat naik gambar itu bagaimanapun menjadi kritikan ramai netizen di media sosial.

Bahkan gaya mewah yang dipertontonkan itu mencetuskan tanda tanya, dari manakah gadis muda itu mampu memperoleh wang sebanyak itu? - Agensi.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments