Terkini

Video: Adi Putra Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin Dua

Menjawab segala persoalan mengenai kisah berkahwin dua baru-baru ini, Adi Putra dalam sidang media menjelaskan bahawa dia tidaklah berniat untuk merahsiakan pernikahannya itu. Malah Adi turut menolak dakwaan zuriat sebagai punca dia berkahwin dua.


Video: Adi Putra Mengaku Bahawa Sudah Berkahwin Dua

“Kalau cakap tentang zuriat, bagi saya itu anugerah kerana zuriat ini tidak boleh hantar ke bengkel kereta. Kalau kita hantar ke bengkel kereta, dah lama saya buat. Jadi di sini bukan isu tentang zuriat”

“Sebab bayangkan kalau saya duduk sebagai seorang wanita pun, it’s not because of zuriat. Jadi saya tidak ada masalah dengan Aida tentang zuriat. Atau pun menjadi sebab untuk pergaduhan, perselisihan faham. So, it’s not because of zuriat,” jelasnya dalam sidang media tersebut.

Tambah Adi lagi, apa yang terjadi kepadanya bukanlah masalah. Malah dalam sidang media yang disifatkannya sebagai perkongsian tersebut, Adi tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan acara resepsi, jika diizinkan Tuhan.


“Kalau boleh kita nak ada keramaian, Biar saya buat satu persatu dahulu, apa yang harus saya laksanakan. Kena pilih satu dulu, selesaikan satu dulu. Kalau Allah izinkan untuk adakan resepsi, bagi saya, kenapa tidak”

“Bagi saya itu perancangan. Resepsi ini adalah adat dan budaya. Jadi, saya ketepikan adat dan budaya dulu. Saya laksanakan apa yang saya harus laksanakan dulu,” katanya.

Adi Putra mendedahkan isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, sudah mengetahui bakal dimadukan sebelum berlangsung majlis perkahwinan keduanya yang dilakukan secara tertutup itu.

“Ada wartawan menghubungi Aida bertanyakan sama ada dia tahu atau tidak saya berkahwin lain, tetapi Aida cakap tidak tahu. Namun, sebenarnya dia hanya menunggu saya umumkan berita itu sendiri. Saya hormat dan bangga dengan jawapan itu. Dia pegang amanah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Adi Putra juga menjelaskan, ketiadaan zuriat bukan sebab utama dia mengahwini isteri keduanya yang dikenali sebagai Noor Shahida itu.

Dalam pada itu sidang akhbar hari ini turut dikejutkan dengan kehadiran adik kepada bekas suami isteri keduanya.

Bagaimanapun, kehadiran Farah Erliani Rahimpudin hanya untuk menjelaskan bahawa abangnya bukan pihak yang menyebarkan status luahan hati yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.



Namun ketika pihak media bertanyakan soalan kepada Farah, Adi dengan cara baik meminta Farah meninggalkan majlis tersebut.

“Abang saya tertekan apabila ramai yang menghubunginya untuk bertanyakan tentang isu ini. Namun dia tidak pernah jawab atau keluar kenyataan apa-apa,” katanya memberi penjelasan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments