Video Kak Mawar Minta Maaf, Beri Alasan Dikacau Jurugambar

KAK MAWAR minta maaf, beri alasan dikacau jurugambar. Seorang usahawan wanita bernama Kak Mawar kini hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya bermula selepas wanita pertengahan usia itu muncul dalam dua video pengiklanan produk yang penuh sensasi dan berunsurkan lucah.


Video Kak Mawar Minta Maaf, Beri Alasan Dikacau Jurugambar

Apa tidaknya, dalam video tersebut, Kak Mawar tanpa segan silu memaparkan aksi berahinya dan mengungkapkan kata-kata tidak senonoh.

Baca: Video Promosi Produk ‘Aksi Henjut’ Kak Mawar Terima Kecaman

Dek kerana itu juga, Kak Mawar teruk menerima kecaman dan kritikan netizen yang menyifatkan usahawan produk kecantikan itu sudah melampau.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, Kak Mawar akhirnya tampil dalam satu video membuat permohonan maaf secara terbuka.


Menurut Kak Mawar, kata-kata lucah itu terkeluar dari mulutnya selepas diganggu oleh jurugambar.

“Saya Mawar, saya nak minta ampun, minta maaf sebab hari itu rakaman ada salah cakap… sebab hari itu saya diganggu oleh fotographer.

“Saya mohon maaf banyak-banyak dengan perkataan beromen, suami geram, nasi lemak. Memang diorang kacau saya,” katanya.

Jelas Kak Mawar, tujuan permohonan maaf itu dibuat juga bagi membetulkan kesilapan yang dilakukan pada rakaman lalu.

Pada masa sama, Kak Mawar mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia.

Walaupun melakukan kesalahan, Kak Mawar nampaknya tidak malu untuk memohon kemaafan dan sewajarnya permohonan maaf itu diterima.

Baca: Kak Mawar ‘Henjut’ Dituduh Pondan, Betul Ke? Ini Identiti Sebenar Beliau

Sememangnya semua manusia pernah melakukan kesalahan, walau bagaimanapun diharap Kak Mawar insaf bahawa apa yang dilakukannya dalam video yang kini menjadi viral, adalah melampaui batas bagi seorang wanita Islam.


Sumber: Facebook Kaki Share / Mynewshub

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments