Video: Matador Terkenal Sepanyol Maut Dirodok Lembu

MADRID: Seorang pelaga lembu atau matador popular Sepanyol menjadi mangsa pertama yang maut sejak tiga dekad lalu apabila parah dirodok lembu ketika membuat persembahan di hadapan penonton di sebuah gelanggang ke timur bandar, Teruel.



Insiden Victor Barrio, 29, ‘dikerjakan’ lembu terbabit dilihat secara langsung oleh penonton yang ketakutan.

Dia sebelum itu cedera parah apabila tanduk lembu dengan berat 500 kilogram itu menyusuk dan merabak bahagian dadanya sebelum dilambung ke udara.

Victor Barrio
Victor Barrio
Beberapa matador yang berada berhampiran akhirnya dapat mengalih tumpuan haiwan itu dan cuba menyelamatkan Barrio yang terdampar di tengah gelanggang.


Barrio bagaimanapun diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sebagai matador, Barrio menjelajah sekitar gelanggang atau 'corrida' dan membuat penampilan sulung pada 2008.

Baca & Tonton: Video - Matador hilang buah zakar akibat ditanduk lembu naik minyak

Kematiannya adalah yang pertama di kalangan matador sejak 1985.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments