VIDEO: Pinjam RM1,500, Kena Bayar RM25,300, Tak Bayar Kena ‘Tanam’

Tindakan sebuah syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) mengenakan kadar faedah tidak masuk akal melebihi kadar faedah maksimum yang dibenarkan terhadap seorang peminjam mengundang padah apabila institusi tersebut ‘diserang’ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


VIDEO: Pinjam RM1,500, Kena Bayar RM25,300, Tak Bayar Kena ‘Tanam’

Sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Wartawan Jalanan mendedahkan rakaman perbualan antara Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf mempersoalkan tindakan melampau syarikat tersebut yang diwakili oleh seorang lelaki bernama Martin.

Berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa dikatakan terpaksa membayar balik pinjaman hampir 17 kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dipohon iaitu sebanyak RM1,500, selain mangsa turut diugut akan ‘ditanam’ sekiranya tidak melunaskan pinjaman tersebut.

Berang dengan ugutan dan kadar faedah melampau yang diterima mangsa, Muhammad Yusuf mempersoalkan prosedur pengurusan PPWB itu yang seolah seperti ceti haram.


Difahamkan, peminjam dikatakan telah membayar sebanyak RM14,500 daripada jumlah pinjaman tersebut, namun syarikat tersebut mengarahkan mangsa membayar lagi sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh 36 bulan, yang secara tidak langsung menjadikan jumlah pinjaman yng terpaksa ditanggung oleh mangsa adalah sebanyak RM25,300.

“Lepas tu you suruh lagi dia bayar sama you sebulan RM300 selama 36 bulan, jumlah RM10,800 campur RM14,500, (jumlah keseluruhan) RM25,300. Pinjam RM1,500, dapat kat tangan RM1,050, you rasa fair (adil) ini benda ?,” soal Muhammad Yusuf dalam video tersebut.

Muhammad Yusuf turut membidas tindakan syarikat tersebut yang mengenakan kadar faedah melebihi kadar maksimum 18 peratus yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk PPWB.

“Bank Negara benarkan kadar faedah (PPWB) di bawah KPKT (kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) adalah (maksimum) 18 peratus.

“1.5 peratus (sebulan) sahaja syarikat dibenarkan mengambil kadar faedah,” katanya lagi kepada lelaki tersebut.

Syarikat tersebut juga dipercayai turut menipu mangsa apabila mendakwa perjanjian berhubung perkara tersebut telah dibuat, namun tidak diserahkan kepada peminjam kerana ia hanya untuk simpanan syarikat.

Sehingga kini video tersebut dikongsi lebih 8,000 pengguna Facebook.

Berdasarkan semakan Malaysian Digest di laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kadar faedah maksimum yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi 12 peratus setahun untuk pinjaman bercagar dan 18 peratus setahun bagi pinjaman tidak bercagar sedangkan ah long biasanya akan mengenakan kadar faedah yang melebihi daripada itu.


Hati-Hati Dengan Ceti Haram.. InI Perbualan Antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dan Along Yang Dapat Dirakam.
Like Page Kami Untuk Dapatkan Video Viral Dan Berita Paling Terkini.
Klik Blog Kami untuk Berita Menarik Dan Terkini :http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
Posted by Wartawan jalanan on Tuesday, 19 July 2016

Pemberi Pinjam Wang (PPW) adalah tertakluk di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400). - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments