Terkini

Visa Tidak Lulus, Hasrat Che Ta Tunai Umrah Terbantut

Hasrat pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) untuk menunaikan ibadah umrah padan bulan Syawal ini terbantut apabila visa yang dimohon tidak diluluskan


Rozita Che Wan bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana.
Rozita Che Wan bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 43, berkata, dia yang sepatutnya bertolak pada Jumaat lalu tidak dapat menunaikan ibadah itu berikutan pergolakan yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini.

"Perancangannya ingin menunaikan umrah pada bulan Syawal ini sekeluarga dan sepatutnya bertolak pada Jumaat lalu.

"Tapi tak ada rezeki kami untuk ke Mekkah kerana visa tidak diluluskan. Insya-Allah mungkin jika keadaan kembali aman kami akan ke sana.

"Lagi pula memang impian saya untuk pergi bersama suami (Zain Saidin) sejak berkahwin lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita sambung beraya selepas gagal tunai umrah.

Bagaimanapun, Rozita berkata, dia mengambil peluang ini untuk menyambung sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Tidak mengapalah, saya boleh sambung raya kerana banyak lagi baju raya yang belum sempat dipakai," ujarnya.


Bercerita tentang kerjaya, Rozita berkata, dia menganggap bidang lakonan sebagai pendapatan sambilan sahaja.

Katanya, dia hanya berlakon untuk syarikat produksi Zeel Production atas permintaan syarikat tersebut.

"Saya tumpu pada bidang bisnes sahaja, berlakon hanya pendapatan sampingan dan saya hanya ambil tawaran dengan Zeel Production sahaja.

"Syarikat produksi sendiri pun saya tidak mahu berlakon," ujarnya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments