Terkini

Wanita Bagi ‘Minum’ Susu Badan Balas Dendam Pada Rakan Sepejabat

BANYAK cara yang boleh dilakukan untuk memberi pengajaran kepada si ‘pencuri’ termasuklah memarahinya, memukul atau menasihati mereka secara berhemah.


Wanita Bagi ‘Minum’ Susu Badan Balas Dendam Pada Rakan Sepejabat

Namun, berbeza dengan wanita ini apabila dia memilih untuk memberi ‘pengajaran’ kepada si ‘pencuri’ dengan cara paling ‘win’.

Kejadian berlaku selepas seorang wanita mula naik angin apabila mendapati krimer miliknya yang disimpan di dalam peti sejuk di pejabat sering ‘dicuri’ oleh rakan-rakannya untuk dicampur dalam air kopi mereka.

Wanita tersebut yang mengelarkan dirinya dengan panggilan ‘B’ kemudiannya mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan meletakkan sekeping nota pada botol itu bagi memaklumkan bahawa selama ini si 'pencuri’ tidak menggunakan ‘krimer’, sebaliknya air susu badannya.


“Selamat pagi. Kepada mereka yang menikmati krimer kopi saya sepanjang minggu… Surprise!!! Kamu telah minum air susu badan saya. Harap kamu menikmatinya. Bergembiralah!,” tulis wanita itu.

Teknik ‘nakal’ yang digunakan oleh wanita itu untuk mengajar mereka yang sering menggunakan krimernya nyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial.


Menurut Mail Online, gambar tersebut telah dimuatnaik di laman sosial Reddit, selain turut dikongsi di laman Facebook ‘Breastfeeding Mama Talk’, yang mana setakat semalam ia dikongsi lebih 2,500 kali.

Wanita tersebut yang tidak memaklumkan lokasinya turut mengingatkan rakannya supaya tidak perlu bimbang kerana ‘krimer’ tersebut adalah organik.

“Ia organik. Jadi jangan bimbang,” tambahnya.

Jadi, kepada mereka yang suka menggunakan harta benda orang d seolah seperti kepunyaan sendiri, sedar-sedarlah! - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments