Wanita Maut Terjatuh Dalam Operasi Cegah Maksiat Di Kompleks Sun

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai warga Filipina maut selepas terjatuh dari tingkat 15 Kompleks Sun di Bukit Bintang, awal pagi tadi.


Wanita Maut Terjatuh Dalam Operasi Cegah Maksiat Di Kompleks Sun

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar singh berkata, wanita terbabit dikatakan cuba melarikan diri daripada ditahan polis yang menjalankan operasi khas cegah jenayah maksiat di kompleks itu sekitar 2.30 pagi tadi.

"Dalam usaha wanita itu untuk melarikan diri dari pemeriksaan bermungkinan telah terjatuh dari tingkat 15 dan tersangkut di tingkat 10. Dia disahkan meninggal dunia dan terdapat kerosakan dalaman yang teruk," kata Amar dalam sidang media berkaitan operasi khas pembersihan kegiatan jenayah di Kompleks Sun, hari ini.


Mangsa yang ditemui terbaring di bumbung tingkat 10 kompleks ini oleh pengawal keselamatan dan dia telah memaklumkan kepada pihak polis yang berada di berhampiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Wanita Maut Terjatuh Dalam Operasi Cegah Maksiat Di Kompleks Sun

Dalam operasi itu, pihak polis turut memeriksa lebih 435 penghuni dan menahan 154 warga negara asing dari Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Filipina.

Turut ditahan pelacur warga asing.

Operasi ini dijalankan susulan aduan orang ramai ke atas penghuni kompleks itu yang diduduki ramai warga asing yang didakwa mengganggu ketenteraman penghuni sekeliling. -Astro Awani

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments