Header Ads

  • Terkini

    Wanita Tersangkut Atas Pokok Gara-Gara Bermain Pokémon GO

    Akibat terlalu asyik bermain Pokémon GO, seorang wanita di Clarksboro dekat sini tersangkut atas pokok di sebuah kawasan tanah perkuburan sehingga terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba.


    Wanita Tersangkut Atas Pokok Gara-Gara Bermain Pokémon GO

    Menurut portal berita Action News, wanita tersebut sanggup memanjat pokok yang tinggi semasa bermain aplikasi permainan popular tersebut di Tanah Perkuburan Eglington, kelmarin.

    Baca: Remaja Maut Ditembak Ketika Main Pokémon GO

    Wanita itu kemudiannya menyedari tidak mampu untuk turun dan mula berasa takut hingga terpaksa menghubungi talian 911 untuk mendapatkan bantuan.

    Pasukan Bomba dan Penyelamat Perbandaran Greenwich Timur tiba beberapa minit selepas itu untuk membantunya turun menggunakan tangga.


    Berikutan kejadian itu, pasukan bomba menerusi akaun Face­book memberi amaran kepada peminat aplikasi tersebut agar sentiasa memikirkan tentang keselamatan diri mereka.

    Baca: Gara-Gara Pokémon GO, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut!

    “Perkara yang ingin kami tekankan daripada kejadian ini adalah orang yang sedang bermain permainan itu perlu me­nyedari di mana mereka berada dan apa yang mereka lakukan supaya tiada sesiapa yang terce­dera,” kata Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Perbandaran Greenwich Timur, Rob Gould.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad