Terkini

Tahniah! Yana Samsudin Dan Suami Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri Yana Samsudin dan juga Fadzil Zahari kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 21 Julai lalu. Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan Fadzil di Instagram dan mendapat ucapan tahniah daripada peminat mereka.


Tahniah! Yana Samsudin Dan Suami Selamat Timang Cahaya Mata

"Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016. Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. I love you so much sayang, moga cepat sembuh”


“Terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan. Alhamdulillah. Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua,” kongsi Fadzil.

Yana Samsudin Dan Suami Selamat Timang Cahaya Mata

Semoga keluarga kecil ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments