Terkini

Amerika Beri Amaran Akan Tembak Jet Syria, Rusia

WASHINGTON, Selasa – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Damascus, mereka akan membedil jika jet tentera rejim Bashar Al-Assad dan Russia mengancam tentera bersekutu diketuai AS di utara Syria.


Amerika Beri Amaran Akan Tembak Jet Syria, Russia

Pegawai-pegawai kanan tentera AS memberi amaran itu selepas jet tentera Syria menyasarkan pasukan Kurdis dan kumpulan penasihat tentera bersekutu yang menentang militan IS di timur laut bandar Hasakeh.

“Kami akan terus menasihati rejim Syria untuk menjauhkan diri dari kawasan larangan. Kami akan mempertahankan rakyat di sini, dan melakukan apa yang kami perlu untuk mempertahankan mereka,” kata jurucakap Pentagon, Peter Cook kepada pemberita.

Setiausaha Negara, John Kerry dan calon Dmokratik Presiden Hillary Clinton berkata, mereka menyokong zon larangan terbang, tetapi Presiden Barack Obama enggan melakukan perkara itu.


Sejak dua tahun lalu, AS mengetuai tentera bersekutu menentang militan IS, melakukan serangan harian dan bekerjasama dengan pejuang tempatan untuk membantu mereka menentang IS.

Pada masa yang sama, Cook turut memberi amaran kepada jet tentera Russia yang membantu rejim Assad sejak tahun lalu.

“Jika tentera AS di ancam, kami sentiasa mempunyai hak untuk mempertahankan pasukan kami ,” kata Cook. – Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments