Bayi Perempuan Berkepala Dua Lahir Di Indonesia

JAKARTA – Bayi kembar siam perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala namun mempunyai hanya satu badan, sepasang tangan dan kaki mencetuskan sensasi dalam kalangan masyarakat Indonesia.


Bayi Perempuan Berkepala Dua Lahir Di Indonesia

Bayi unik itu dilahirkan pada 9 Ogos lalu di sebuah hospital tempatan di Gresik dekat Surabaya yang terletak dalam wilayah Jawa Timur, kira-kira 758 kilometer dari ibu kota Jakarta, menurut laporan laman berita terkenal Liputan 6.

Susulan kelahiran bayi kembar pelik tersebut yang seberat 4.2 kilogram, dia kini terpaksa diletakkan di dalam sebuah inkubator di bawah penjagaan khas oleh sepasukan jururawat di Hospital Besar Ibnu Sina.


Bayi berkenaan bagaimanapun disahkan mengalami Parapagus, iaitu jenis kembar siam di mana terdapat dua kepala, dua leher yang bersebelahan antara satu sama lain namun hanya memiliki satu badan sahaja.

Sri Wahyuni, ibu bayi tersebut, masih belum boleh lagi mengulas kepada pihak media kerana masih terkejut setelah mendapat tahu bayinya dilahirkan dengan mempunyai dua kepala.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments