Ibu, Anak Warga Singapura Ditahan Selepas Maki Hamun, Tunjuk Jari

Tiga anak-beranak warga Singapura ditahan di sempadan pintu masuk Johor Bahru kerana berkelakuan kurang ajar selepas enggan mengikut arahan pegawai imigresen.



Quek Chin Fern, 42, dan dua anak lelakinya, Miguel Lim, 19, serta Chery Isabella Lim, 18, ditahan dalam kejadian jam 3.30 petang, Jumaat lalu apabila enggan menurunkan tingkap bahagian belakang kenderaan mereka selepas diarah berbuat demikian oleh pegawai imigresen yang bertugas.

The Star melaporkan mereka diminta menurunkan tingkap kerana tingkap tersebut gelap.

Wanita itu marah dan memaki hamun pegawai berkenaan, sebelum menurunkan tingkap dan anaknya yang duduk di belakang kereta menunjukkan isyarat lucah pada pegawai itu.


Susulan itu, ketiga-tiga mereka diarah keluar dari kereta.

Mereka sekali lagi enggan mengikuti arahan dan memprovokasi pegawai tersebut dengan membunyikan hon.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Rohaizi Bahari mengesahkan penahanan mereka yang direman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

“Adalah menjadi satu kesalahan untuk melontarkan kata-kata kesat terhadap pegawai kami yang hanya mengikut prosedur semasa pemeriksaan,” katanya dipetik The Star.

Rohaizi juga mengesahkan tiada unsur rasuah melibatkan pegawai bertugas seperti didakwa suspek.

Pihaknya juga membenarkan wakil konsulat Singapura bertemu dengan ketiga-tiga mereka, yang kini disiasat di bawah Seksyen 56 (1) (g) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan kedua-dua remaja yang belajar di sebuah kolej swasta di Johor Bahru. - FMT


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments