Terkini

Inilah Sebab Mengapa Mufti WP Melarang Permainan Pokémon Go

KETIKA satu Malayisa sedang ‘bersorak’ apabila aplikasi Pokémon Go sudah boleh diakses di Malaysia, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pula melarang umat Islam bermain Pokémon Go.


Inilah Sebab Mengapa Mufti WP Melarang Permainan Pokémon Go

Pengumuman larangan itu menerusi laman sesawang rasminya iaitu muftiwp.gov.my pada Jumaat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

“Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokémon Go dan Pokémon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat.

Baca: Pokémon GO Mungkin Muncul Di Malaysia Tidak Lama Lagi

“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada unsur perjudian.

“Maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokémon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

“Manakala Pokémon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku – pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya,” katanya.


Tambah Dr. Zulkifli, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan peranti pintar berkenaan.

Difahamkan, keputusan larangan tersebut sebenarnya sudah diputuskan pada Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.

Dr. Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tiada usur khurafat.

Baca: Arab Saudi Ulangi Fatwa Larang Permainan Pokémon GO

Terdahulu, pada 25 Julai lalu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan permainan tersebut di Malaysia.

Sambil merujuk tindakan beberapa buah negara di rantau Asia Barat menegah netizen bermain Pokémon Go, beliau mendakwa permainan itu mengandungi unsur syirik dan perjudian.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments