Jam Ciptaan Disangka Bom, Remaja Muslim Amerika Saman Sekolah

TEXAS: Keluarga Ahmed Mohamed, seorang remaja Islam yang digari ketika ditahan di sebuah sekolah menengah di Dallas, dan kemudian digantung persekolahannya tahun lalu selepas jam digital buatannya disangka bom, menyaman pegawai sekolah berkenaan, semalam, kerana mencemar hak asasinya.


Jam Ciptaan Disangka Bom, Remaja Muslim Amerika Saman Sekolah

Episod kejadian di Sekolah Menengah MacArthur di Irving, Texas pada September lalu menjadi situasi politik yang kecoh sehinggakan Presiden Barrack Obama menjemputnya ke Rumah Putih. Tetapi selepas remaja itu dikritik dengan teruk dan menerima ancaman, Ahmed dan keluarganya berpindah ke Qatar.

New York Times melaporkan tuntutan saman itu memohon ganti rugi kerosakan tetapi jumlahnya tidak dinyatakan dan menamakan sekolah berkenaan, bandar Irving dan pengetua sekolah Daniel Cummings. Ia menuduh Daniel dan sekolah berkenaan mendiskriminasikan Ahmed, dan berkata Jabatan Polis Irving menahannya tanpa sebab kemungkinan.

Baca: Remaja Muslim cipta ‘jam disangka bom’ dijemput Obama & Zuckerberg

Penyata tuntutan itu menyatakan sebagai kesannya, Ahmed dicerca dan menjadi teori konspirasi, penipuan dan kebencian yang “tiada kanak-kanak dalam negara ini patut lalui”.

“Satu-satunya penawar, keadilan yang kita ada dalam sistem perundangan Amerika ialah wang,” kata peguam Susan Hutchison yang mewakili Ahmed, pada satu sidang akhbar di Dallas, semalam.

“Jadi kami menyaman demi keadilan,” katanya.

Pada sidang media itu, Ahmed berkata mereka sekeluarga kehilangan rumah, kreativiti, keselamatan semangat untuk membina benda. Dia terpaksa memakai baju sejuk dengan menutup kepala, bercermin mata gelap dan topi di tempat awam ketika berada di Amerika Syarikat, katanya.


“Bila-bila masa saya keluar dari rumah, mungkin saja ada kematian menunggu saya,” kata remaja itu, lapor New York Times.

Dalam satu kenyataan, sekolah daerah Irving berkata ia akan “terus menafikan ia melanggar hak pelajar itu dan akan memberi tuntutan balas mengikut undang-undang”.


Bandar Irving dalam satu kenyataan berkata ia “bersedia untuk mempertahankan bandar itu dan tindakan sewajarnya diambil berhubung perkara itu”.

Keluarga Ahmed berpindah bersamanya ke Qatar selepas Program Inovator Muda di Yayasan Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti Qatar pada Oktober berkata ia akan memberikan Ahmed biasiswa penuh untuk pendidikan menengahnya hingga ke universiti.

Ahmed pada sidang media semalam berkata dia mula mendapat kawan di sekolah baharunya, yang digambarkannya sebagai “peluang yang mengagumkan” dan berhasrat untuk menamatkan persekolahannya di sana dalam bidang kejuruteraan fizik dan elektrik.

“Tetapi saya merindukan tanah air dan bimbang keselamatan diri.

“Apalah yang saya pernah lakukan kepada orang hinggakan saya menerima ancaman mati? Realitinya sangat menyedihkan,” katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments