Jurulatih Atlet Gusti Tanggal Pakaian Bantah Keputusan

Rio De Janeiro – Hari terakhir Olimpik Rio dikejutkan dengan kontroversi membabitkan acara gusti lelaki. Atlet Mongolia, Ganzorigiin Mandakhnaran menentang Ikhtiyor Navruzov dari Uzbekistan dalam penentuan pingat gangsa bagi acara disiplin 65 kilogram.


Jurulatih Atlet Gusti Tanggal Pakaian Bantah Keputusan

Mandakhnaran tewas 1-3 dalam keputusan penuh kontroversi sehingga menimbulkan bantahan keras di kalangan kakitangan sokongannya.

Menurut wartawan yang membuat liputan bagi acara itu, jurulatih Mandakhnaran tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.


Jurulatih itu kemudiannya bertindak menanggalkan pakaian di Carioca Arena 2 sebagai protes membantah keputusan tersebut.

Adam Kilgore, wartawan Washington Post memberitahu, petugas kejohanan itu telah menghubungi polis Brazil untuk membawa keluar jurulatih tersebut bagi melancarkan majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments