Terkini

Kali Ke-3 Ditahan Di 'Airport' AS, Shah Rukh Khan Mengamuk Di IG

WASHINGTON DC – Aktor popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi laman Twitter pada 12 Ogos setelah ditahan pihak imigresen lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga.


Kali Ke-3 Ditahan Di 'Airport' AS, Shah Rukh Khan Mengamuk Di IG

Menurut agensi berita antarabangsa AFP, pelakon yang berasal dari New Delhi, India dan sudah berusia 50 tahun serta beraksi dalam lebih 80 filem itu bagaimanapun sempat lagi bergurau apabila berkata pengalaman ngeri tersebut sebagai “sungguh munasabah”.

Kali terakhir Shah Rukh, pernah ditahan oleh pegawai imigresen ialah di New York pada tahun 2012, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan para peminatnya yang menuduh AS sebagai bersifat perkauman dan ini menyebabkan Washington meminta maaf.

“Saya faham dan hormati keselamatan lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia kita sekarang, namun untuk ditahan imigresen AS setiap kali saya ke sini memang tidak masuk akal sama sekali,” menurut kicauan Twitter Shah Rukh setelah ditahan di lapangan terbang Los Angeles.

“Namun, dari sudut yang lebih positif, saya dapat menangkap watak Pokemon sementara menunggu,” kicaunya lagi. Sedang khabar pelakon itu ditahan di lapangan terbang tersebar di saluran-saluran televisyen India, reaksi Jabatan Negara AS lebih diplomatik.


Penolong Setiausaha Negara AS, Nisha Biswal dengan segera melahirkan kekesalan dan menerusi Twitter berkicau: “Saya minta maaf atas ketidakselesaan yang berlaku di lapangan terbang, namun diplomat AS sendiri ditahan bagi menjalani pemeriksaan tambahan!”


AS sebelum ini menafikan dakwaan bahawa Shah Rukh sengaja ditahan kerana namanya menunjukkan beliau Muslim, namun secara kebetulan seseorang yang memiliki nama sama dilaporkan termasuk dalam senarai 80,000 orang tidak dibenarkan menaiki pesawat di AS.

Setelah insiden 2012 itu, Shah Rukh sempat lagi bergurau dalam ucapannya di hadapan penuntut Universiti Yale bahawa beliau sudah biasa berdepan dengan insiden sedemikian: “Ya, ia selalu berlaku. Apabila saya mula berasa tinggi diri, saya selalu mengunjungi AS.”

“Para pegawai imigresen akan menghakis status selebriti saya.” Shah Rukh juga pernah ditahan selama lebih dua jam pada 2009 di lapangan terbang Newark di New York dan mencetuskan kemarahan serupa dalam kalangan para peminat sehingga AS kemudian meminta maaf.

Pada Februari lalu, seorang pelakon Sikh India-Amerika yang juga seorang pereka fesyen, Waris Ahluwalia, tidak dibenarkan menaiki pesawat Aeromexico dari Mexico City untuk ke New York kerana beliau enggan membuka serbannya. – Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments