KWSP Buka Pendaftaran Simpanan Syariah Hari Ini

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengumumkan Simpanan Syariah yang akan dilancarkan bermula Januari tahun depan, kini sudah dibuka pendaftarannya di seluruh negara bermula hari ini.


KWSP Buka Pendaftaran Simpanan Syariah Hari Ini

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, di Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut, sebentar tadi.

"Sambutan yang diberikan untuk hari pertama ini amat menggalakkan. Dalam tempoh 30 minit ia dibuka, kita sudah menerima pendaftaran lebih 5,000 pemohon di seluruh negara," katanya.

Ujarnya, sebanyak RM100 bilion dana diperuntukkan iaitu 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion yang direkodkan setakat Mac lalu.


Shahril Ridza , berkata simpanan ini dibuat berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.

Tambahnya, mana-mana ahli yang mahu melayakkan diri untuk Simpanan Syariah 2017, mereka perlu mengemukakan permohonan sebelum 23 Disember tahun ini, tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion itu.

"Ahli yang mahu menukar simpanan KWSP konvensional kepada Simpanan Syariah perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

"Pendaftarannya begitu mudah sekali, hanya bawa MyKad untuk pengesahan cap jari manakala ahli bukan warga Malaysia perlu membawa pasport," katanya. - Sinar Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments