Terkini

Lelaki Maut Diserang Beruang Ketika Kutip Durian

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Thailand maut diserang seekor beruang dalam kebun durian di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Renok Baru, di sini, awal pagi semalam. 


Lelaki Maut Diserang Beruang Ketika Kutip Durian

Mayat seorang lelaki warga Thailand, Mat Didik @ Madidi Basa, 40, yang maut diserang seekor beruang ditemui dalam lubang saluran air parit di kebun durian di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok Baru, Gua Musang. - Foto Ramli Ibrahim

Mayat mangsa, Mat Didik@Madidi Basa, 40, ditemui anaknya dalam parit kira-kira jam 6 pagi tadi selepas tidak pulang sejak keluar rumah jam 10 malam tadi untuk mengutip durian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata serangan itu dipercayai berlaku lewat malam tadi ketika mangsa pergi ke kebun durian seorang diri.


Katanya, haiwan berkenaan dipercayai berada di atas pokok sebelum menerkam mangsa dan berlaku pergelutan menyebabkan lelaki terbabit jatuh ke dalam parit itu.

"Mangsa ditemui mati dalam parit berkenaan dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai dicakar beruang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajab Ahad berkata, berdasarkan kenyataan anak mangsa, lelaki berkenaan sering ke kebunnya seorang diri terutama pada waktu malam untuk melihat buah durian.

"Difahamkan, beruang berkenaan sudah dikesan berkeliaran di sekitar kebun terbabit sejak sebulan lalu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment

Siti Nursakinah Sabtu said...

Seperlunya pihak berkuasa yang berkaitan harus dengan segera ambil tindakkan pada peringkat awal kemunculan haiwan ini seperti memasang tanda amaran di bahagian laluan kemungkinan haiwan berkenaan dan memasang pagar elektrik di sekitar kebun bagi menghalang kemasukan beruang atau haiwan liar lain...