Terkini

Mata Pelajar Perempuan 14 tahun Mungkin Buta Dibaling Pembaris

“Hanya kerana menegur pelajar lelaki berkenaan supaya tidak membuat bising, saya kini mungkin buta,” kata H Shalini, 14, pelajar tingkatan dua yang berdepan kemungkinan hilang pancaindera selepas matanya cedera dibaling pembaris plastik oleh rakan sekelas, Isnin lalu.


Mata Pelajar Perempuan 14 tahun Mungkin Buta Dibaling Pembaris

Shalini berkata, kejadian jam 2.10 petang berlaku ketika dia mengikuti kelas seni dan tindakannya menegur pelajar lelaki itu kerana dia membuat bising serta mengganggu rakan lain.

Menurutnya, akibatnya dia kini kesakitan termasuk mata berair dan bengkak.

Ketika itu, katanya, rakannya memaklumkan kejadian kepada guru di dalam kelas namun guru berkenaan tidak mengambil tindakan sebaliknya meminta rakannya kembali ke tempat duduk.

“Selepas tamat waktu sekolah, bapa saudara saya yang menjemput terkejut melihat mata saya merah sebelum membawa saya ke klinik.

“Doktor tidak memberi apa-apa rawatan sebaliknya merujuk saya ke hospital pakar kerana khuatir mata saya mengalami jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, bapa saudaranya, Dr KM Letchmighandan berkata, selepas pemeriksaan di hospital, Shalini disahkan mengalami kecederaan selaput mata kanan sepanjang satu sentimeter.


Katanya, keadaan itu menyebabkan Shalini perlu menjalani pembedahan membuang selaput koyak jam 9.30 malam, Isnin lalu.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian menimpa anak saudaranya itu kerana kini berdepan risiko kehilangan penglihatan.

Beliau berkata, Shalini juga dinasihatkan menjalani pembedahan kedua dalam tempoh sebulan bagi memasukkan silikon selaput mata.

“Bagaimanapun tiada jaminan matanya sembuh sepenuhnya dan sekiranya dia mengalami kecacatan, ia menjejaskan masa depan.

“Saya juga tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang berdiam diri pada waktu kejadian dan tidak segera menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkannya supaya kami dapat membawanya ke klinik,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Nusajaya, Isnin lalu.

Sementara itu, jurucakap sekolah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan daripada penjaga Shalini dan siasatan dijalankan, malah guru yang berada di dalam kelas ketika kejadian turut membuat laporan polis. Sumber: Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments