Terkini

Neelofa Terima Seruan Tunai Haji, Berangkat 5 September Ini

KUMPULAN pertama jemaah haji dari Malaysia telah pun berlepas ke tanah suci bagi menunaikan ibadah rukun Islam kelima. Antara selebriti yang turut mendapat seruan haji pada tahun ini adalah ahli perniagaan, pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa.


Neelofa Terima Seruan Haji, Berangkat 5 September Ini

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, dia bakal menunaikan ibadah haji bersama kedua ibu bapanya pada 5 September depan.

“Alhamdulillah, perasaan saya sangat gembira dan teruja selepas mendapat tarikh untuk menunaikan ibadah ini bersama ibu dan bapa.

“Setakat ini saya harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan, tapi kita tidak tahu bagaimana perancangan Allah, Insya’Allah semua dipermudahkan.


“Sudah tentu hendak ke Makkah kita pasang niat untuk berdoa macam-macam dan salah satunya sudah pasti dipertemukan jodoh yang baik,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa Terima Seruan Haji, Berangkat 5 September Ini

Tambah Neelofa, dia akan berada di tanah suci Makkah selama 15 hari dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 September depan.

Kita doakan semoga Neelofa mendapat haji yang mabrur.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments