Pelajar UMS, UM Ditahan Cuba Ceroboh UiTM Seri Iskandar

Polis menahan tiga penuntut universiti awam yang melakukan demonstrasi dan cuba menceroboh kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, 5.50 petang semalam.


Pelajar UMS, UM Ditahan Cuba Ceroboh UiTM Seri Iskandar

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, tiga penuntut berusia 22 hingga 23 tahun terbabit antara mereka yang berkumpul di bahu jalan persimpangan lampu isyarat Kilometer 33 Jalan Ipoh-Lumut dengan membawa sepanduk melaungkan supaya tangkap MO1 ( Malaysian Official 1).

Menurut beliau, kumpulan berkenaan kemudian berarak menuju ke hadapan pagar utama UiTM Seri Iskandar sebelum pintu pagar berkenaan ditutup oleh Polis Bantuan UiTM atas faktor keselamatan.

“Semasa di pintu utama, tangkapan iaitu tiga lelaki melayu dari kumpulan demonstrasi berkenaan cuba memanjat pagar untuk masuk ke dalam kawasan universiti sebelum ditahan oleh Polis Bantuan bertugas.

“Dua penuntut berusia 22 tahun penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dari Universiti Malaysia Sabah manakala seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam dari Universiti Malaya.

“Seorang lagi berusia 23 tahun penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Malaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan reman sehingga 23 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri.
Sumber: Harian Metro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments