Header Ads

  • Terkini

    Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia (AL-FATIHAH)

    Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang, Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.


    Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia

    Menurut anaknya Subariah Shafiee, keadaan kesihatan arwah ayahnya itu semakin merosok dan tidak lalu makan serta kelihatan penat sejak seminggu yang lepas.

    Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir.

    Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

    Pelakon Dan Pelawak Veteran Piee Meninggal Dunia

    Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab apabila beliau dikatakan sudah meninggal dunia . Walaubagaimanapun, Allahyarham ada meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan.


    Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Piee. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Sumber Berita : mStar Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad